10 Produk UiTM DipilihUntuk Dipamer

Image

HARIAN METRO, MALAYSIA

11 September 2023 - Program Biz.spotlight 2023 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi platform kepada industri untuk menerokai potensi inovasi dan produk hasil penyelidikan universiti itu yang berpotensi untuk dikomersialkan.Pengarah Pusat Inovasi Perniagaan dan Pengko-mersialan Teknologi (BITCOM) UiTM Prof Madya Dr Sabirin Zoolfakar (gambar) berkata, program yang mempamerkan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang di universiti itu juga bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat serta memenuhi keperluan negara. Beliau berkata, program itu, yang julung kali diadakan di bawah pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) selama dua hari berakhir Khamis lalu adalah bagi memartabatkan basil penyelidikan serta inovasi UiTM ke arah menjadi universiti dikenali dunia (GRU2o25).

Sabirin berkata, menerusi program itu, 10 produk dipilih untuk dipamer serta dinilai potensi pengkomersialan oleh panel industri yang dilantik daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Cradle Fund Sdn Bhd. "Program ini kita mula pada Ogos lalu dengan ratusan penyelidik UiTM disaring hasil kajian dan inovasi mereka dan MTDC dengan 10 terbaik dipilih di peringkat akhir untuk dipersembah kepada Cradle Fund bagi mendapat geran dana untuk pengkomersialan. "Program ini menjadi platform UiTM menawarkan kepakaran penyelidikan bagi penghasilan produk bersesuaian,'' kata-nya.

Contact Us

Business Innovation & 
Technology Commercialization Centre (BITCOM)
Ground Floor, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Email : bitcom@uitm.edu.my

Tel: +603-5544 2759
Fax: +603-5544 2790