Bengkel Latihan Digital & Inovasi Produk untuk Penjawat Awam Negeri Selangor 2025
Date : 06-07 OGOS 2025
Venue : AUDITORIUM ARAS 6, FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM, UiTM SHAH ALAM






Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) melalui Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan dua bengkel untuk Penjawat Awam Negeri Selangor 2025 pada 6 hingga 7 Ogos 2025 bertempat di Fakulti Kejuruteraan Awam,UiTM Shah Alam iaitu Bengkel Penilaian Harta Intelek dan Bengkel Penggunaan AI dalam Pengoperasian Pejabat. Seramai 73 peserta dari pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran dan pengetahuan penjawat awam dalam bidang AI dan harta intelek, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor dalam mendokong agenda transformasi digital dan pembangunan mampan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh daya saing penjawat awam melalui pemerkasaan digital dan kefahaman berkaitan dengan harta intelek. Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin kepada budaya inovatif dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam ke arah kemajuan Negeri Selangor yang berdaya saing dan berinovasi